Tudung Bawal No1 Sulam Permata


Salam semua peminat tudung bawal,

Untuk kali ini, sue akan update tudung bawal sulam permata yang amat digemari (ramai orang suka tengok dia punya design dek simple and clean) Sesuai untu dipakai ke tempat kerja!

Tudung Bawal No1 Sulam Permata
Jaminan Tudung Bawal No 1
Size Shawl :45″

Price: RM45 (Diskaun RM5 setiap helai)

Hanganya cuma RM40 shj!

FREE postage

Untuk pertanyaan, sila SMS/whatapps ke 019-9188605 .

atau kujungi kami di Facebook (Klik Disini)

This slideshow requires JavaScript.

 

Salam sayang,

Sue 0199188605

“Kepuasan anda Kemahuan kami”

Kenapa Anda Patut Pakai Tudung Bawal?


image

Salam semua peminat tudung bawal…

Sudah lama sue tak menulis di blog ini. Almaklumlah, jika ada orang tanya, mesti sue akan jawab busy dan busy. Tak bagus betul macam tu!

Apa pendapat sue tentang TUDUNG BAWAL?

Zaman sekarang semua orang nak CEPAT, so anak2 muda lebih gemarkan tudung ekspress berbanding tudung bawal.

Tetapi sue listkan kenapa anda patut memilih tudung bawal?

1) KEASLIAN

Dengan memakai tudung bawal, sue rasa kita lebih asli yang mana kita akan ayu dan ikhlas dengan ciri2 yang ada pada kita.

2) KEMANISAN

So sweet dengan memakai tudung bawal. Sue fikir si pemakai lebih manis dan ia pastinya mengoda lelaki.

3) TAYANG MUKA

Antara ciri2 warna pilihan tudung bawal adalah lebih ceria tetapi jika tudung ekspress, ia terlampau ceria sehinggakan tenggelamkan wajah si pemakai.

Tetapi dengan bawal, wajah si pemakai seiring dengan penonjolan imej muka.

4) DADA

Kebanyakkan tudung bawal dijahit dengan bidang 45, ia sudah mencukupi untuk menutup dada kita. Dosa tau!

5) KERJA

Sue rasa ramai diantara kita lebih selesa untuk memakai tudung bawal ke pejabat. Yeke? Sebab takkan setiap masa nak pakai tudung ekspress bukan? Sue rasa orang pakai tudung bawal lebih professional di pejabat! Mungkin sue silap tetapi itu pendapat sue.

So, kenapa anda PATUT MEMILIH tudung bawal? Nah…

Mungkin anda ada pendapat sendiri, sila tinggalkan komen.

Salam sayang
Sue
0199188605

Posted from WordPress for Android

Tip Wanita Cantik


Kecantikan wanita bermula dari dalam diri masing-masing,

Sedarkah wahai puteriku?

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6.  Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8.  Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9.  Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Kenapa Wanita Itu Bertudung?


Isu tazkirah Kenapa Wanita Islam Pakai Tudung sebelum khutbah Solat Jumaat pada hari Jumaat lepas. Aku sampai awal sebelum khutbah jumaat dibacakan sempat mendengar tazkirah yang disampaikan oleh imam jemputan pada hari tersebut. Antara yang sempat aku dengar adalah seperti berikut:

Ada seorang lelaki yang ingin memeluk agama Islam dah telah mempelajari dengan mendalam apa itu islam dan kelebihannya, namun tidak dapat mencari jawapan kenapa wanita islam perlu memakai tudung. Bila ditanyakan pada wanita-wanita yang bertudung, mereka menyatakan bahawa mereka bertudung kerana tuntutan agama islam itu sendiri.  Jawapan tersebut masih tidak dapat memuaskan hatinya sehinggalah dia menemui seorang ustaz. Apabila dia menyatakan masalah berkenaan tudung kepada ustaz tersebut, ustaz tersebut hanya tersenyum dengan masalah yang dihadapi oleh lelaki tersebut

Dengan rasa penuh ingin tahu, lelaki tersebut meminta supaya ustaz menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan wanita bertudung ini dan kenapa perlu bertudung? Ustaz tersebut menyatakan dengan meminta lelaki tersebut membandingkan emas yang di jual di kedai emas dan yang dijual dipasar malam. Lelaki tersebut dengan pantas menyatakan bahawa emas yang di jual di pasar adalah palsu, murah dah tiada kualiti tetapi emas yang dijual di kedai emas adalah emas tulen, mahal dan tinggi kualitinya.

Sekali lagi ustaz tersebut meminta lelaki tadi untuk menyatakan bagaimana keadaan emas yang berada di pasar dan di kedai emas. Lelaki tersebut menyatakan bahawa emas yang berada di pasar malam (palsu) biasanya tiada orang mahu mencurinya dan boleh ditinggalkan dengan amannya. Manakala emas di kedai emas dijaga penuh rapi, dengan cermin kalis peluru, dengan di kawal oleh pengawal keselamatan untuk mengelakkan dari dicuri untuk mendapatkan nilainya yang sangat mahal.

Kemudian ustaz tersebut menyatakan bahawa wanita yang bertudung adalah diumpamakan dengan emas yang berada di kedai emas, sangat terjaga dari segi tatasusilanya, menjaga kehormatannya dan menjaga agamanya. Manakala wanita yang tidak bertudung seumpama emas di pasar malam di mana nilainya sangat rendah, kurang bertatasusila, tidak menjaga kehormatannya (auratnya) seolah2 tidak patuh dengan ajaran agama yang dianutinya.

Lelaki tersebut berlalu dengan lega dan faham apa yang telah disampaikan oleh ustaz tersebut berkenaan wanita yang bertudung.

Tips Jaga Kuku Kaki


Image

  • Potong kuku kaki secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku bebas (hujung kuku) dan bahagian kulit yang menyangga hujung kuku (hiponikium)
  • Jangan mencongkel-congkel sisi kuku yang berbatasan dengan kulit, karena dapat menyebabkan infeksi (bisa bengkak dan bau).
  • Jaga kuku kaki tetap kering. Bagi seseorang yang pekerjaannya menuntut selalu berada di air, usahakan mengeringkannya segera setelah tidak bersentuhan dengan air.
  • Bersihkan kuku kaki setiap mandi dengan sabun dan gosok sela-sela jari hingga bersih.

 

Tambahan upaya perawatan:

 

  • Jika langkah di atas tidak menghilangkan bau, dapat dipertimbangkan serbuk (bedak) pengering, sepanjang tidak menimbulkan iritasi dan efek sampingan.
  • Usahakan alas kaki (sepatu, sandal) tetap kering untuk menghindari kelembaban yang beresiko menimbulkan bau.
  • Jangan biarkan kaos kaki tak tercuci, hiks bau ahhh !!!

 

Tudung Bawal No1 Sulam Kerawang


Tudung Bawal No1 Sulam Kerawang
Jaminan Tudung Bawal No 1
Jaminan wang dikembalikan jika tidak berpuashati.
Size Shawl :45″

Price: RM45
Postage fee:
Semenanjung-RM5
Sarawak & Sabah-RM8

Tempoh reservation: 3 days only

This slideshow requires JavaScript.

Konsep Berpakaian Wanita Islam


InsyaAllah…kita mampu mengamalnya.

  • Menutup aurat dan sopan
  • Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh
  •  Sederhana dan tidak terlalu mahal digalakkan
  •  Memperlihatkan perbezaan jantina
  • Tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan
  • Tidak menimbulkan riak
  •  Diperolehi dari sumber yang halal
  • Mengamalkan doa semasa menyarung pakaian, melihat cermin
  • Memakai pakaian bermula dengan anggota kanan dan sebaliknya ketika
    menanggalkannya