Tips Penjagaan Rambut


Mahkota tersembunyi disebalik setiap perempuan adalah rambutnya. Ramai diantara kita banyak menghabiskan wang ringgit demi selesa & cantik untuk si suami. Membelai rambut adalah perkara biasa oleh kaum hawa dan mungkin ada kawan-kawan kita masih tercari tips bagaimana untuk menjaga rambut.

Adakah anda sanggup membiarkan rambut anda rosak dan tidak bermaya?

Adakah anda sanggup merasai kegatalan ketika cuaca panas?

Oh tidak!!!

Masalah seperti kegatalan kulit kepala, rambut yang berbau dan juga perkara yang paling dibenci, kelemumur ibarat mimpi ngeri bagi setiap wanita.

Rambut yang cepat kering, bercabang dan rosak juga pastinya menyakitkan mata memandang.

Dan bagaimana mahu mengubahnya kepada rambut yang sihat, bersih dan menawan?  Ini adalah jawapannya:

  1. Memilih syampoo yang sesuai dengan anda. Tidak semua syampoo terutamanya kita sebagai warga Asia sesuai menggunakan syampoo keluaran barat.
  2. Pastikan rambut anda kering ketika memakai tudung. Jika basah, pastinya ia menggalakkan pembiakan bakteria, lantas menyebabkan rambut berbau hapak, kelumumur dan anda mungkin berasa pening. Gunakan air-dryer untuk memudahkan anda mengeringkan rambut.
  3. Pastikan anda menyikat rambut supaya rambut anda mempunyai ruang pengudaraan yang banyak.
  4. Ketika membasuh kepala, pastikan anda menggunakan air sejuk kerana ia menyebabkan pori-pori anda mengecut. Ini memastikan kulit kepala anda segar.
  5. Rambut yang berkelumumur mesti dihilangkan. Basuhkan dengan limau purut dan bilaskan secara sekata (pedih sedikit). Selepas itu, gunakan syampoo untuk mengelakan kelumumur kembali.
  6. Untuk rambut berminyak, pembasuhan secara kerap membantu anda. Ini disebabkan oleh ketidakstabilan hormon didalam badan anda.
  7. Menyikat rambut terlalu kerap juga menyebabkan kulit kepala panas dan lantas menyebabkan rambut berminyak.
  8. Untuk mendapatkan rambut yang halus, sila gunakan sikat bergigi rapat.
  9. Pemilihan kain tudung yang tepat dan sesuai.
  10. Kosisten dapat menyampoo rambut anda.

 

Mungkin anda lebih tahu daripada sue, jika anda, sila komen post ini unutk share kepada rakan-rakan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s